Aku kagumi semangat yang ada pada dirinya, dia seorang rakan yang tulus dan sentiasa menerima baik segala keadaan.
Lalu ku tuliskan cerita ini ...
Dia amat ramah sekali. aku tahu ini kerana pertama kali kutemuinya, dengan mudah dia melemparkan senyum dan menyapaku. Mulanya aku agak kaget tapi teguran itu ku jawab jua.
"Rasanya pernha bertemu saudari sebelum ini" katanya. Ku amati wajahnya. Pernah aku bertemunya? Aku tidak ingat, tapi senyum ramahnya menarik perhatianku.
"Mungkin kita pernah jumpa dulu" jawabku iklas. Dia tidak menampakkan riaksi tersingung.
"Kenalkan, saya Ajis" Katanya mengenalkan diri.
"Zai.." jawabku ringkas.
"Zainah?.. Zaitun?.." soalnya kembali cuba berjenaka.
"Zaihan.." jawapku pendek menyambut huluran tangannya.
"Saudari ahli Kelab Seni kan?" katanya tiba-tiba. Kuanggukkan kepala.
"Rasanya pernah bertemu saudari di Taman Seni beberapa minggu sudah" katanya kemudian.
"Saya memang selalu ke situ jumpa kawan-kawan" dia ketawa menampakkan giginya yang agak berlapis-lapis.
"Saudari suka lukisan?" soalnya kembali memerhati lukisan-lukisan yang bergantungan di Galeri itu. Aku cuma senyum turut memerhatikan lukisan-lukisan yang bergantungan didinding Galeri.
No comments:
Post a Comment