Kadangkala kenangan membuat kita ketawa sendiri, kekadang terasa kebodohan diri sendiri dan juga ada kenangan yang menyedihkan yang kesannya masih terasa hingga kini .Semalam aku temui kenalan lama yang lebih sepuluh tahun tidak bertemu. Sebelum berteguran kami berpandangan seketika cuba mengenali satu sama lain takut kalau-kalau tersilap orang. Dia merenung ku seketika dan dahinya sedikit berkerut.
"Zaihan... ." katanya tiba tiba
Ku anggukkan kepala dan tersenyum. Sahlah dialah orangnya, sahabat semasa menuntut di ITM Pahang dulu..
"Kau bertugas dimana sekarang?..."
"Bank yang baru bertukar nama" katanya kemudian. Aku mencogak-cogak
"Agro Bank?" aku ketawa.
Kami bersalaman. Seperti biasa jika kenalan telah lama tidak bertemu topik yang sering ditanya.....
"Sudah kahwin?.."
"Anak ada berapa orang?'
"Anak belajar kat mana?"
Kami pun berpisah dan memberi nombor telefon masing-masing, tujuannya mungkin dilain masa boleh bertemu lagi.. mungkin bersama keluarga masing-masing. Indahnya kenangan dan indahnya kehidupan.
No comments:
Post a Comment