27 May 2008

ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE

Pada 29 Mei ini genaplah 35 tahun pemergian Allahyarham Tan Sri (Dr) P.Ramlee ke Rahmahtullah. Allahyarham Tan Sri (Dr.) P.Ramlee meninggal dunia akibat sakit jantung ketika berusia 44 tahun. Jasa dan sumbangan Allahyarham dalam dunia seni tanah air hendaklah sentiasa di kenang dan dihargai. Al-Fatihah....

Sempena pelancaran Hari seniman pada 29 Mei ini , malamnya akan diadakan Majlis Tahlil Perdana untuk semua seniman dan karyawan negara yang telah meninggal dunia (termasuk Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee) bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, KL. Ada masa sila-silalah datang.

2 comments:

mohad said...

awak peminat p. ramlee lah ya...

amin taib said...

Di mana...kaan ku cari ganti...serupa dengan mu... Oh P.Ramlee seniman agung