'Seniman bukan hanya penyanyi dan pelakon sahaja, malah seniman telah diluaskan maksudnya kepada semua orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya. Golongan seniman ini meliputi pelakon, penyanyi, pelukis, penyajak, pengubah lagu, pencipta, penari, pemahat, dramatis, pematung, pengukir, pengarang, pemain wayang kulit, dan orang yang menghasilkan kraftangan. Mereka ini adalah insan yang lahir dan berkebolehan mengadaptasikan bakat dalam bentuk seni'.
Begitulah luasnya maksud Seniman. Hari Seniman telah dilancarkan dengan rasminya pada 29 Mei 2008 (mengambil sempena hari kembalinya kerahmahtullah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee)di PWTC.
Rasanya golongan penulis, pengarang, penyajak agak kurang senang dengan penginterpretasiaan ini. Kerana golongan ini lebih dekat kepada perkataan sasterawan yang ada kaitannya dengan cendikiawan. Kewajaran mereka di masukkan dalam kelompok seniman mungkin betul mungkin tidak kerana mereka juga seniman.
Namun kekeliruan nampaknya telah terjadi. Kerana tidak dapat membezakan antara kelompok penguat seni ini ada pihak penganjur telah mencampur aduk kan golongan ini menjadikan Majlis yang sepatutnya untuk Sasterawan menjadi Majlis yang seolah meniktirafkan kelompok lain. Alangkah ruginya kalau kekeliruan ini terus berlaku.
Seniman dan seniwati senonim dengan para penghibur (penyanyi, penari, pelakon, pencipta lagu dsb)
Sasterawan dan sasterawati senonim dengan para penulis (pengarang cerpen, novel, puisi, skrip dsb)
Dramatis senonim dengan para pengiat drama (teater, drama dsb)
Wartawan juga penulis/pengarang adakah mereka itu seniman?..
No comments:
Post a Comment