Seseorang yang medakwa dari sebuah Bank tempatan menelifon ku suatu petang sebaik aku pulang dari pejabat.
"Minta maaf Puan, puan free ke?.. boleh bercakap dengan saya dalam 5 minit"
"Aha., ada apa?"
"Begini Puan, saya dari Bank XXX, kami ada buat promosi mengenai insuran bla.. bla.. blaa.. Insuran ni baik untuk puan sekeluarga sekiranya mendapat kemalangan, malah kalau cedera satu jari sekali pun puan boleh buat tuntutan bla... bla.. blaa. Sekarang kami buat promosi bayaran mudah dimana jika puan melanggan skim ini pembayaran dibuat melalui card credit puan. Puan tak perlu buat apa-apa semua kami akan uruskan , puan cuma perlu setuju saja. Puan berminat ke dengan skim kami ni?.. suara lembutnya sedikit merayu dan mendesak.
"Maaf saya tak berminat"
"Skim nii bagus Puan.. Puan rugi kalau tak ambil peluang nii"sedikit mendesak.
"Maaf saya tak berminat"
"Kenapa Puan tak berminat?. Skim kami nii tak bagus ke?"
"Bagus.. tapi saya rasa tak berminat"
"Boleh Puan terangkan kenapa Puan tak berminat"
"Entahlah.. tapi saya tak berminat"
"Yealah.. tapi kenapa puan tak berminat?'' nadanya sedikit meninggi.
"Sebab saya tak berminat"
"Susah saya nak rekod ni.. mesti ada sebab Puan tak berminat"
"Sebabnya saya tak berminat"
"Tak kan tak berminat je.. Puan mesti ada sebab dan alasan kenapa Puan tak berminat? suaranya makin meninggi.
"Alasannya saya tak berminat"
"Tak apa lah Puan, sekejap lagi saya nak sembahyang maghrib, saya nak doakan puan supaya mendapat kemalangan dan kecelakaan dan puan tak ada insuran untuk claim" nadanya sedikat mengugut dan marah.
"Alhamdullillah..." jawap ku. Dia menghempas telefon.
*Aku terkedu dan rasa nak tergelak.. ha.. ha...ha..
*Pernahkah anda mendapat panggilan sebegitu?.. apakah tindakan anda?..
1. Mendengar penerangannya hingga anda terpengaruh dan membeli skim insuran yang anda tidak berminat untuk menyertainnya. (Sebab andapun dan ada 2 3 skim insuran lain)
2. Meletakkan telefon. (kemudian dia akan telefon lagi dua tiga kali)
3. Berterus terang saja anda tak berminat (confirm dia tak akan telefon lagi)
Mana satu pilihan anda?...
No comments:
Post a Comment