04 June 2008

RAKAN+SAHABAT+TEMAN

Kita mempunyai sebilangan teman atau sahabat disekeliling kita. Tanpa sedar teman atau sahabat ini sebenarnya banyak mempengaruhi hidup kita. Cara mereka berfikir, cara percakapan, cara pergaulan malah cara berpakaianpun kadangkala di pengaruhi citarasa teman atau sahabat kita ini.

Sahabat yang baik akan mendorong pada perkara yang baik. Sahabat yang dot... dot.. dot.. mungkin akan menjerumus kita ke satu jalan yang kita sendiri tidak tahu arah tujunya. Sedikit berhati-hati bila berteman atau bersahabat mungkin dapat mengawal kita supaya tidak terjerumus pada peri laku yang tidak bermoral. Kerana itu ibu bapa sering menasihati anak-anak supaya 'memilih' rakan atau sahabat.

Memilih sahabat atau teman yang baik dapat merangsang minda, menguat jati diri, memberi panduan dan menjadi contoh dan teladan untuk kita menjalani dan mengharungi hidup yang penuh dengan cubaan, cabaran dan dugaan ini.

Aku punyai sebilangan sahabat atau teman sebegini yang begitu tabah menghadapi dugaan dan cabaran hidup, bersemangat kental dan tidak kenal putus asa. Aku rasa bertuah mempunyai sahabat+rakan + teman sebegini. Ini membuat aku rasa lebih kuat, lebih tabah dan lebih tenang untuk menjalani hari mendatang tanpa rasa takut, gusar dan lemah semangat.

1. Sahabat ku ini mengidap kenser tahap ketiga. Telah disahkan tiada harapan hidup lama. Beberapa kali jalani kemotraphy. Dulu rambutnya lebat bertukar botak, kuku-kuku jadi lebam dan kehitaman. Dengan tabah dia jalani segalanya itu dan sekarang dia beransur pulih.

2. Sahabat ku ini dulunya seorang pelukis jalanan, yang sebelah matapun orang tak pandang. Cara hidupnya seperti sedikit merempat dengan tidur tak bertempat. Dia jalani segalanya itu kerana minat dan cita-cita. Sekarang ni dia agak terkenal dan namanya sering terpapar di akbar.

3. Sahabat ku yang seorang ini agak kritis dan analitikal, tidak peduli apa orang kata, walau di cemuh, digasak, di maki, di hina dia tetap menulis cara dia dan sekarang telah banyak buku dihasilkan.

4. Sahabat ku ini, seorang ibu tunggal. punyai dua orang anak, sewaktu ditinggalkan suami anak-anak ini masih kecil dan ketika itu dia juga bergaji kecil. Dengan gaji kecil itulah ditanggung suami untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, akhirnya suaminya berjaya dan dia di tinggalkan dengan anak-anak yang masih kecil. Dengan tabah dan cekal dia menyara dan menjaga keluarga dan dari bergaji kecil dia naik setingkat demi setingkat dan kini berjawatan tinggi dan bergaji besar.

Itulah sebahagian rakan+sahabat+teman yang mengelilingi hidup aku, dan aku percaya setiap orang punyai rakan+ sahabat+teman samaada yang berniat baik atau buruk.

*Walau bagaimanapun teman sejati ialah teman yang sentiasa disamping kita mengharungi susah/senang kehidupan.

Salam persahabatan untuk semua.

No comments: