31 August 2008

SELAMAT HARI KEBANGSAAN

'MERDEKA.. MERDEKA.. MERDEKA'

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan (Versi lama disebut Pekikan MERDEKA) tujuh kali perkataan MERDEKA pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Diawal pagi hari kemerdekaan itu hujan turun dengan lebatnya, mungkin hujan rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.

Seluruh rakyat Malaysia (Tanah Melayu) menyambut kemerdekaan itu seolah satu kemenangan yang besar untuk rakyat dan Negaranya. Seluruh rakyat bersatu tanpa mengira kaum dan keturunan melaungkan Kemerdekaan dengan wajah ceria dan penuh pengharapan semoga penderitaan yang ditempohi beberapa dekad lalu dapat ditebus dengan adanya pemerintahan sendiri tanpa di jajah oleh bangsa asing dimana kekayaan dan kemakmuran negara di takluk diambil dengan rangkusnya dan rakyat tidak punya pilihan untuk bersuara kecuali memberontak.

Sekarang setelah 51 tahun merdeka. Perlukah lagi pemberontakan untuk mendapatkan apa yang dihajat oleh rakyat?. Apakah yang rakyat fikirkan setelah 51 tahun merdeka?.. Kemajuan?.. Kemakmuran?.. atau masing-masing hanya mementingkan diri sendiri, periuk nasi sendiri tanpa menghiraukan hak dan kepentingan orang lain. Apatah lagi kepentingan Negara, bangsa dan agama.

Rakya Malaysia.. fikirkanlah sediri secara waras dan perimbangan wajar.
Jangan tanya sumbangan negara terhadap kita, tanya diri sendiri apa sumbangan kita terhadap Negara.

MERDEKA.

* Versi ayah saya: "Dulu waktu Jepun takluk Tanah Melayu, ramai orang melayu dipenggal kepalanya. Masa Komunis bermaharajalela ramai orang melayu di bunuh Komunis"

No comments: