04 November 2008

LELAKI SPECIES BUAYA

Terkesan dengan kisah Abby Abadi dan Norman hakim yang tersiar dalam Akbar hari ini.

Betapa mudahnya lelaki menduakan isteri.

Betapa isteri yang baru 43hari berpantang melahirkan anak dan perlukan perhatian mendapat berita suami ditangkap kalwat dan seluruh Malaysia tahu. Kalau anda di kedudukan itu bagaimana rasanya?

Betapa lelaki masih mengatakan dia benar, dan selamba tanpa sempati tidak cuba meredakan perasaan isteri sekurang-kurangnya sedikit kata-kata penghargaan.

Betapa lelaki dengan mudahnya tidak pulang kerumah kerana masaalah dihadapi, sedangkan ketika ini isteri dan anak-anak memerlukan sokongan moral.

Sebenarnya dalam banyak perkara lelaki selalu ambil mudah walaupun hal tanggung jawab dan kasih sayang terhadap keluarga.

Sebenarnya ramai gadis hari ini tanpa menghiraukan maruah sanggup berdua-duaan dengan lelaki walaupun berstatus suami orang pada pukul 3 pagi.

Sebenarnya ramai lelaki ambil mudah perasaan isteri, meninggalkan isteri sendirian dirumah dan dia berdua-duaan dengan kekasih hati.

Sebenarnya ramai lagi lelaki diluar sana menganggap isteri tidak penting dalam hidup mereka kecuali untuk bersama.

Buat Abby bersabarlah. Bukankah sabar itu separuh dari iman.

Buat Norman lu fikirlah sendiri.

No comments: