06 January 2009

TAHUN BARU 2009

Hari pertama bertugas setelah seminggu bercuti. Terasa semuanya baru. Tahun baru, semangat baru, jiwa baru.

Menghadapi tugas ditahun baru 2009, yang khabarnya penuh cubaan dan cabaran dari segi ekonomi dan politik. Malah sebelum menyambut tahun baru hingga kini berita mengenai penindasan Israel terhadap rakyat Palestin hari-hari tersebar di media. Pengeboman Israel terhadap penempatan rakyat Palestin masih lagi berlaku hingga hari ini, yang jadi mangsa bayi, anak-anak, remaja, ibu dan bapa yang tidak berdosa. Aku juga setuju dengan saranan membaikot barangan buatan Israel dan Amerika Syarikat... dan berhasrat untuk tidak membeli barangan buatan dari negara tersebut.

Kepada anak-anak yang dibesarkan dengan barangan dan peralatan malah makanan berjenama dari Negara tersebut aku ingatkan bahawa kita perlu memilih.. antara iman dan nafsu.Keimanan mendorong kita pada perbuatan yang baik, bertingkahlaku baik dan berjiwa murni. Nafsu mendorong kita pada perbuatan yang tidak bermoral, tidak berakhlak yang akan memusnah diri sendiri.

DiNegara sendiri , dimalam Tahun baru, dicemari dengan tangkapan kerana seks bebas dan dadah. Yang menangkap orang Islam dan yang ditangkap Orang Islam.. malah mereka di kenali ramai. Dimanakah letak moral anak-anak gadis kini. Tinggal di bandar besar begini memerlukan kemantapan iman dan fikiran yang waras, tanpanya amat mudah terjerumus pada tingkahlaku yang tidak sepatutnya.

Tahun Baru 2009, walau apapun yang mendatang, harapan ku tahun ini dapat ku hadapi sebaiknya sebagaimana tahun-tahun yang lalu. Selamat tinggal 2008 dan selamat datang 2009. Umur ku pun bertambah satu tahun... Alhamdullillah.. masih hidup dibumi nyata.

No comments: