10 January 2009

SAYANGILAH DIRI SENDIRI

Kita perlu menyayangi diri kita sendiri dahulu sebelum boleh orang lain menyayangi kita.

Sayangilah diri sendiri lebih dari menyayangi orang lain.

Kita selalu membiarkan diri sendiri sengsara dan merana kerana menyayangi orang lain lebih dari diri sendiri. Kita akan merasa terbiar, terasing dan tidak dipedulikan sekiranya orang yang disayangi mengecewakan kita, malah kita akan rasa tidak berharga dan rendah diri.

Oleh itu sayangilah diri sendiri melebihi dari menyayangi orang lain.

Jika diri sendiri tidak suka akan dirinya, bagaimana orang lain boleh menyukai diri kita?.. Persoalannya ramai dikalangan kita merelakan diri di belenggu rasa bersalah dan menyalahkon diri sendiri malah memusuhi orang lain dan merasakan orang lain tidak menyukainya atau menyayangi dirinya sedangkan dia sendiri tidak menyayangi dirinya sendiri.

Begitu juga dengan meminta sempati atau belas kasihan.

Bagaimana rasa kasihan itu dapat di jelaskan sekiranya diri sendiri tidak kasihan pada empunya diri. Meminta orang lain kasihankan diri kita atau memaksa orang lain kasihankan kita, malah merayu orang lain kasihankan kita tidak mempunyai apa-apa erti sekiranya kita sendiri tidak sempati pada diri sendiri.

Oleh itu bangunlah, bangkitlah dari mimpi. Bina mimpi-mumpi indah agar kita dapat terus menjalani hidup seadanya kita. Tak perlu rasa bersalah, atau rasa kekurangan diri. Tidak perlu juga rasa rendah diri malah tidak perlu membanding-bandingkan diri dengan orang lain yang lebih dari kita. Terima diri seadanya dan baiki kekurangan atau kelemahan diri yang disedari demi untuk kebaikan diri sendiri. Cuba fokuskan kepada kebaikan dan kelebihan yang kita ada supaya kita akan dapat memajukan diri sendiri. Jangan melebih-lebih, jadilah diri kita sendiri dan berpijaklah di bumi nyata. Kemenangan tidak akan berpihak pada yang lemah dan sering mengalah, kemenangan akan berpihak kepada yang kuat dan kental semangatnya.

No comments: