21 May 2009

AMBIL KESEMPATAN

Aku singgah kat gerai Kak Nab nak beli kuih. Aku tengok mata Kak Nab bengkak dan ada kesan lebam. Aku tanya Kak Nab...

"Kenapa dengan Mata Kak Nab".. matanya berkaca, tak sangka pula aku, dia tiba-tiba menanggis.

"Sorry Kak Nab.."

"Tak pe.. dalam ramai-ramai datang kat gerai ni, Maria je tanya kenapa mata Kak Nab bengkak" katanya menahan sebak.Aku bukan baru kenal Kak Nab, selain gerai Mak Cik Munah untuk beli apam, aku selalu juga singgah gerai Kak Nab beli Nasi lemak, sebab nasi lemak dia sedap.

"Akak kena pukul dek suami"kata Kak Nab perlahan..dia merapati aku.. agaknya tak sabar-sabar meluahkan apa yang terbuku dihati.

"Dia mintak duit gan akak, akak tak kasi.. akak mana ada duit, nak buat modal lagi"

"Dia tak kerja ke"

"Dulu kerja, la ni.. dah kena buang, kilang dia dah nak tutup"Ini kesan enokomi melesetlah, detik hati aku.

"Dia nak duit akak, nak buat apa"

"Beli binatang tu lah..masa kerja dulu dia tak kacau akak, beli dengan duit gaji dialah agaknya.. sekarang dah tak ada duit.. akak jadi mangsa"

"Sian akak, gi klinik, pas tu gi report polislah kak"

"Sekali lagi dia buat, akak memang akan report polis.."

Aku meninggalkan Kak Nab dengan seribu persaolan. Masaalah masyarakat hari ini memang kronik. bukan anak remaja (Mat rempit/Bohsia dll) sahaja yang bermasaalah, yang dah kahwin dan beranak pinak juga bermasaalah. Dimanakah silapnya...

*Kepada suami yang berlumba memandu kereta dengan aku pagi tadi.. pesanan ku berhati-hati di jalanraya dan berhati-hati dengan insan-insan yang cuba mengambil kesempatan.

No comments: