07 May 2009

ANAK KU KE IPT

Setelah umur menginjak 40an,tiada apa yang aku fikirkan kecuali kebajikan dan kejayaan anak-anak. Kebanggaan setiap ibubapa jika anaknya berjaya dalam pelajaran dan dapat mengejar cita-citanya. Setelah anak pertama aku mendapat tiga tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IPT baru-baru ini iaitu ke Matrikulasi Melaka, UiTm Shah Alam dan UNITEN, Bangi, bagi jurusan Kejuruteraan Elekrik dan Elektronik, sukar juga bagi kami untuk memilih mana satu tawaran yang patut diterima.

Aku lebih suka kalau keputusan itu dibuat oleh anak ku sendiri kerana yang ingin melanjutkan pelajaran adalah dia, dia yang akan mengambil risiko atas pilihan yang dibuat. Dia perlu berlajar besungguh-sungguh demi mencapai impiannya. Namun begitu sebagai ibubapa perlu juga aku dan ayahnya untuk memberi beberapa cadangan pro dan kontra pemilihan yang dibuat supaya dia tidak menyesal di kemudian hari.

Akhirnya dia memilih untuk memasuki UNITEN dan tidak mahu ke UiTM mahupun ke Matrikulasi

Itulah pilihan dia dan mendapat restu dari ayahnya dan juga aku. Doa aku semoga dia dapat berlajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impiannya mengapai ijazah dalam tempoh empat tahun belajar disitu.

Kataku: "Bukan mudah untuk berjaya"

Kata dia: "Kalau tak ambil risiko, kita takkan berjaya... gagal atau berjaya dua-dua kita menang.. kalau gagal dapat pengalaman kalau berjaya dapat mengiktirafan. I need something
different".

Kataku: "Ma.. doakan Epie berjaya"

Kata dia: "Terima kasih Ma.."

No comments: