11 April 2009

MARUAH


Seorang teman menelipon petang itu, ketika aku sedang leka membereskan tugasan dipejabat.

"Zaihan.. kau cuba bukak blogxxxxxx sekarang juga"

"Napenya" soalku terpinga-pinga

"Ada gambar yang perlu kau tengok.. kau kenal dia tapi yang disebelahnya tu, mungkin kau tak pernah kenal atau jumpa"

"Apa kena mengena dengan aku"

"Aku kesihan kat isteri dia sebab kau pun kenal isteri dia"

Aku membuka halaman blog yang dimaksudkan. Tajuk dia REUNION, banyaklah gambar-gambar semasa reunion itu disamping tulisan-tulisan yang mengambarkan suasana meriah bertemuan rakan-rakan lama sekolej atau sekuliah sewaktu masa dulu. Kebanyakan gambar bersama suami/isteri dan anak masing-masing. Aku mencari gambar yang dimaksudkan terjumpalah aku gambar tersebut dengan captionnya 'Anu-anu with his wife... sweet wife dia, likely new wedded couple', aku terpingga-pingga, bila pula Si anu-anu ni kahwin lain. Perempuan disebelahnya pula bergambar manja bagaikan sepasang suami isteri. Aku terbayang isterinya dirumah bersama anak-anak.Orang lain bawa isteri dan anak-anak, Si anu-anu ini membawa teman wanita pergi reunion, dan rakan-rakan lamanya beranggapan itulah isteri dia.

"Kalau isteri sianu-anu tau, apa perasaan dia?' rakan yang menalipon ku itu tiba-tiba menyambung bicara.

"Terluka" jawapku spontan.

"Maruahnya tercalar.. kepercayaannya mungkin terhakis"kawanku mengeluh dalam.

"Yaelah.. dan perempuan disebelah suaminya itu tak tau malu dan tak ada maruah, ada ke ikut suami orang dalam majlis macam tu.. "sambungku kemudian. Teman yang meneliponku terdiam.

"Bukankah itu suami kau" aku ketawa...

'Dah kau ingat aku tak kenal suami aku?"

No comments: