28 February 2009

JUJUR PADA DIRI SENDIRI

Kekadang kita tidak tahu apa yang berlaku disekeliling kita, kita hanya membuat telahan dan andaian walau kadang telahan dan andaian kita itu tidak semestinya betul.

Sebagai manusia kita mempunyai kelemahan, terutama kelemahan emosi, kekadang emosi dapat mempengaruhi kita, emosi juga akan menyebabkan kita hilang pertimbangan dan bertindak tanpa fikiran yang waras.

Suasana dan persekitaran kita memainkan peranan penting, apalagi sebagai insan seni yang mempunyai sensitiviti dan jiwa yang cepat perasa, amat mudah keliru dalam situasi begini.

Kadang kala kita mendengar cerita kurang enak mengenai kita atau mengenai orang yang kita sayangi, jadi fikiran yang waras saja yang dapat membuat perimbangan tentang baik buruk tindakan kita. Sebagai insan seni juga, perimbangan ini ada dan insan seni sebenarnya tidak mudah melatah, walaupun emosi kadangkala menguasai, tapi perimbangan fikiran insan seni lebih mewajarkan tindakan dan tidak bertindak melulu dan memusnahkan diri sendiri.

Insan seni sebenarnya lebih memerlukan kejujuran dalam setiap hubungan dan tidak melampau dalam tindakan, kekadang lebih pemaaf dan seringkali mengorbankan hati dan perasaan sendiri.

Oleh kerana insan seni itu cepat sensitif dan perasa, menyebabkan mereka menderita dalam senyap dan penderitaan itu diubati sendiri juga dalam senyap. Jadilah insan seni yang tabah, yang kuat semangat dalam mengharungi rintangan hidup walau apa jua yang berlaku kerana hidup perlu diteruskan selagi nyawa di kandung badan.

No comments: