Popular Posts

30 January 2009

RAHSIA TAHI LALAT

Aku ingin berkongsi rahsia tahi lalat, yang mana kedudukan atau letak tahi lalat mempunyai ramalan tersendiri. Bukan mahu mempercayainya seratus peratus tapi cuma untuk suka-suka dan juga pengetahuan kerana aku rasa ia menarik untuk diketahui.

Rahsia tahi lalat ini aku petik dari Buletin muzium Sarawak 'TUA'.

Letak tahi lalat Ramalan

Kening Kanan :Cerdas dan cekap
Kening Kiri :Cerdas dan sopan santun
Tengah Kening :Keras hati dan berani dalam segala hal
Hujung mata kanan :Baik hati, sopan santun dan cerdas
Hujung mata kiri :Baik budi dan murah rezeki
Pipi Kanan :Ramai kawan
Pada hidung :Banyak Rezeki
Bibir atas kanan :Banyak rezeki dan pandai
Bibir atas kiri :Ramai kawan dan baik hati
Hujung mulut kanan :Kecil rezeki dan dan tak mudah kalah
Hujung mulut kiri :Suka berfoya-foya
Dagu bawah kanan :Jujur dan baik budi
Dagu bawah kiri :Bijaksana dan berbudi luhur
Leher kanan :Cerdas, jujur dan berani menderita
Leher kiri: Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher ditengah :Tercapai apa yang di cita
Bahu Kanan :Cermat dlm ambil keputusan dan byk tanggungan
Bahu Kiri :Suka kerja keras dan byk t.jawab
Dada Kanan :Dapat mengatasi masaalah
Dada Kiri: Berani, jujur dan sabar
Perut bawah kanan :Banyak rezeki dan suka memberi maaf
Perut bawah kiri :Baik hati dan tenang hidupnya
Pinggang kanan: Sayang pada isteri atau suami
Pinggang kiri :Disayangi suami atau isteri
Lengan kanan :Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri :Menepati janji dan suka kerja
Siku tangan kanan :Kuat hendak memiliki kekayaan
Siku tangan kiri :Serba baik bekerja
Jari tangan kanan :Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri :Serba baik bekerja
Pergelangan tangan kanan :Boros dan suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri :Dapat berpangkat
Pangkal peha kanan :Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri :Suka kerja apa pun
Betis kanan :Suka berfoya dan boros
Betis kiri :Tidak suka menganggur
Pergelangan kaki kanan :Suka berpergian
Pergelangan kaki kiri :Kehendak kuat
Tumit kanan :Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri :Baik budi
Telapak kaki kanan :Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri :Baik budi pekertinya
Jari kaki kanan :Suka menolong
Jari kaki kiri :Suka berbuat baik
Lutut kanan :Bersifat tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri :Tidak mahu berusaha

No comments: