03 August 2009

MAKAN LUAR

Balik dari menghantar anak kami ke Kampus UiTM Pulau Pinang, kami singgah makan malam di R & R Sungai Buloh. Kami bercadang untuk makan sate Haji Samuri. Ketika sampai pelanggan tidaklah begitu ramai, kami memilih duduk di satu tempat kosong dan disebelahnya telah ada pelanggan dua orang wanita separuh umur dan dua lelaki seorang separuh umur dan seorang lagi terlebih umur, agak aku umurnya melebihi 60 tahun. Kami duduk diam-diam sambil menanti sate yang telah diorder. Jelas kedengaran ketika itu perbualan antara wanita dan lelaki disebelah meja kami. Aku hanya mencuri dengar perbualan mereka dari kisah tempat kerja mereka dan kisah-kisah lain mengenai diri mereka. Dari loghat percakapan aku dapat agak dua wanita tersebut dari seberang (Indonesia) dan lelaki tersebut orang tempatan. Yang menarik perhatian aku percakapan lelaki yang terlebih umur ini.

"Isteri saya suka memasak, tiap-tiap hari dia masak. Selama ni memang tak pernah merasalah saya makan kat luar"

"Bagusnya isteri Om"

"Baguslah, tapi tak merasa saya makan kat luar macam ni"

"Kalau dengan saya, hari-hari om boleh makan kat luar"

Kedua-duanya ketawa mengekeh-gekeh. Kawan Pak Cik tu juga tergelak sama menyokong.

Aku tersentak. Tak taulah aku, apa perasaan isteri pak cik tu kat rumah, mungkin ketika ini sedang menunggu suaminya balik dengan makanan terhidang di meja tidak terusik sedangkan suaminya enak-enak makan diluar dengan Mak We Indon. Ketika mereka mahu beredar aku sempat menjeling pada wanita Indon dan Pak Cik tersebut, ku lihat tangan wanita Indon tersebut diatas peha Pak Cik tersebut.

"Jom Om.." katanya manja.. sebelum bangkit dan berlalu pergi.

* Mak aku pesan rajin-rajinlah memasak supaya suami suka makan kat rumah tak suka makan kat luar. Boleh pakaikah petua ni?...

No comments: