05 August 2009

MASAM-MASAM MANIS

Antara scene yang aku suka dalam filem Masam-masam manis arahan dan lakunan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Scene 21/Int/Siang/Bilik Mesyuarat

CU PAPAN TANDA BILIK MESYUARAT. GURU-GURU BANGUN MEMBERI PENGHORMATAN APABILA GURU BESAR MASUK DALAM BILIK MESYUARAT. SEBELUM GURU BESAR DUDUK SEMUA GURU-GURU MENGUCAPKAN SELAMAT PETANG.

GURU-GURU: (Serentak) Selamat Petang Cik Gu.

GURU BESAR: Selamat petang Cik gu. Duduk. (DUDUK SAMBIL MEMANDANG SEKELILING). Ai.. Cik Gu Saari ni?.. Hilang lagi?..

GURU 1: Aaa... tadi ada disini Cik Gu ( MENUDING JARINYA KE SATU KERUSI KOSONG)

GURU BESAR: Ada yae...

GURU 2: Baru lagi sekejap

GURU BESAR: (MENGELUH) Hmm...

SAARI MUNCUL DI MUKA PINTU SAMBIL MEMEGANG PERUT.

SAARI: (BERPURA) Aaaadoi...

GURU BESAR MEMANDANGNYA DAN SAARI MASUK DALAM BILIK MESYUARAT SAMBIL DIPERHATIKAN OLEH GURU-GURU LAIN.

SAARI: Cik gu.. saya minta maaf cik gu. Hari ini saya tidak boleh bermesyuarat.. sebab perut saya ni makin menjadi-jadi.. Cik gu. (TERUS MENEKAN-NEKAN PERUTNYA)

GURU BESAR MEMANDANG SAARI INGIN KEPASTIAN.

GURU BESAR: Cik gu sakit?..

SAARI BERDIRI MENGADAP GURU BESAR SAMBIL MEMEGANG PERUTNYA.

SAARI: (BERPURA) Benar... Cik gu..

GURU BESAR MEMANDANG SAARI

GURU BESAR: (MENUNDING JARINYA) Aaa... saya ada ubat. (MEMBUKA LACI DAN AMBIL UBAT) Haa.... ini ubat, Cik gu makan.

SAARI MEMANDANG GURU BESAR

SAARI: Ehh... tak boleh Cik gu. Doktor pesan ubat lain tak boleh masuk dalam perut saya... Cik gu. Kalau masuk terus jadi kanser

GURU BESAR MEMANDANG SAARI SEOLAH-OLAH TERKEJUT.

GURU BESAR: Kanser?...

SAARI: Ya...

GURU BESAR: Cik gu, duduk sekejap pun tak boleh?...

SAARI: Dudukpun tak boleh.... Cik gu. Makin duduk, makin panas... Cik gu.. meletup-letuo macam bara api di dalam (PAUSE) Cik gu, saya pulang dulu yae...

GURU BESAR: (SEOLAH SEMPATI) Baiklah.

SAARI: Terima Kasih Cik gu Besar.

SAARI MENOLEH KE BELAKANG BERJALAN DAN KEMUDIAN BERPALING SEMULA KE ARAH GURU BESAR.

SAARI: Hah.. Cik gu, segala keputusan mesyuarat ni... saya setuju, Cik gu.

GURU BESAR: (OFF SCREEN) Hah.. yaelah..

SAARI BERJALAN PERLAHAN-LAHAN SAMBIL MEMEGANG PERUT DAN BERPURA MENGADUH SAKIT.

SAARI: (BERPURA) A...Aduh... aduh... aduh... are.....are....

GURU BESAR TERSENYUM MEMANDANG KE ARAH SAARI YANG KELUAR BILIK SAMBIL MEMEGANG PERUT DAN MNGADUH SAKIT

GURU BESAR: (MENUNDING JARINYA) Hmmm.. Cik gu Saari ni memang, ada-ada saja helahnya.

GURU 1: Memang Cik gu. Setiap kali mesyuarat mesti ada helahnya. Itu nasib baik, Cik gu. Kalau nenek dia kahwin, entah-entah dia pengsan.

KELIHATAN SEMUA GURU-GURU KETAWA BERDERAI GELI HATI.

No comments: