14 August 2009

BUKU-BUKU


Aku selesai membaca buku 'Abang Apa Salahku?" karya Asma Nadia (Penulis Indonesia) dan buku Teori-Teori Komunikasi tulisan Saodah Wok, Narimah Ismail dan Mohd. Yusof Hussain. Kedua-duanya terbitan PTS.

Kedua buku ini memberi impak yang berbeza, tapi keduanya memberi banyak manfaat pada ku dari segi menambah pengetahuan.

Jangan silap.. buku 'Abang Apa Salahku?' bukan novel tapi mengandungi kisah-kisah rumahtangga yang boleh dijadikan panduan dan pedoman bagi menempuh alam rumahtangga. Amat sesuai untuk para isteri dan juga suami yang mengimpikan perkahwinan yang kekal bahagia selamanya. Tidak rugi membaca buku ini kerana banyak manfaatnya.. tambahan dengan kisah sahdunya cinta dan besarnya pengorbanan. Apa yang aku dapat: 'Hargailah perkahwianan walau bagaimana keadaannya kerana saat yang paling perit ialah tika kehilangan orang yang kita cintai (suami/isteri).'

Buku Teori Komunikasi mengandungi teori komunikasi yang betul dan prinsip komunikasi menurut islam. Dalamnya juga membincangkan teori dan model komunikasi dikalangan keluarga, organisasi, media massa dan masyarakat. Sesuai untuk bacaan pelajar komunikasi mana-mana institusi penganjian tinggi. Apa yang aku dapat: 'Banyak berkata-kata bukan melambangkan kebijaksaan tetapi berfikir sebelum berkata-kata adalah orang yang bijaksana.'

No comments: