SETIAP MANUSIA MEMPUNYAI IMPIAN. SEMUA MANUSIA BOLEH MENCAPAI IMPIAN MEREKA DENGAN KESUNGGUHAN UNTUK MENCAPAI IMPIAN ITU.
08 May 2012
BUKU YANG DIBACA MINGGU INI
Dalam sibuk dengan pelbagai perkara yang perlu dilakukan termasuk mengemas rumah setelah berpindah dari rumah lama di Subang ke Puteri Heights Rawang sempat juga meminjam buku-buku ini untuk bacaan. How to Win Friend & Influence People karangan Dale Carnegie adalah buku terjemahan yang di terbitkan oleh PTS. Seronok juga membaca buku ini memandangkan penceritaannya tidaklah terlalu serius tetapi mengandungi kisah-kisah orang terdahulu yang dapat dijadikan panduan bagi kita mendapat kawan dan mempengaruhi orang-orang disekeliling kita.. frasa yang disukai ialah di muka surat 33 iaitu "Tidak ada perkara lain yang mampu membunuh semangat orang selain kritikan daripada orang atasannya. Saya tidak pernah mengkritik sesiapapun. Saya percaya dengan pemberian insentif kepada pekerja. Jadi, saya lebih suka memberi penghargaan daripada mencari kesalahan. Apabila saya menyukai, saya dengan sepenuh hati menerimanya dan ikhlas memberikan pujian"..kata ini dari Charles Swab yang pernah digajikan 3,000 sehari oleh Adrew Carnegie, Presiden United State Steel Company pada tahun 1921. Swab kemudian meninggalkan Syarikat ini dan mengambilalih Bethlehem Steell Company dan mengembangkan Syarikat tersebut menjadikan satu perusahaan yang menguntungkan di Amerika Syarikat pada era itu.
Buku kedua saya baca ialah Tok Mat Pejuang Sejati. Buku ini ditulis oleh bekas Setiausaha Politik kepada Dato' Mohamad Rahmat pada tahun 1996 -1999. Pengisahan mengenai Dato' Mohamad Rahmat yang di panggil Tok Mat semasa beliau aktif dalam UMNO terutama semasa menjadi Menteri Kabinet. Penceritaannya bersahaja dan memberi sentuhan peribadi kepada penulis sendiri.
Labels:
Buku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment