26 July 2012

RAMADHAN DATANG LAGI...

Ramadhan datang lagi. Seperti tahun-tahun yang sudah, Ramadhan kali  ini dijalani dengan secara sederhana. Untuk makanan berbuka cukup sekadar makanan masakan sendiri dengan tambahan kuih manis yang dibeli dipasar Ramadhan. Walau Ramadhan tahun ini kali pertama di rumah baru, namun suasananya tidak berbeza dari dulu. Berbuka  bersama suami  dan anak-anak. Kadang-kadang berbuka bersama suami sahaja kerana anak-anak berbuka diluar. Seusai berbuka dan menunaikan solat maghrib, bersiap pula ke masjid untuk menunaikan solat isyak dan solat sunat tarawih.  Tahun ini menunaikan solat tarawih di masjid-masjid berhampiran rumah, setakat ini telah bersolat tarawih di 4 buah masjid yang berlainan. Syukur kepada tuhan kerana diberikan kesihatan yang baik dan dapat menunaikan ibadah yang dituntut dan menambahbaik mana yang kekurangan.

Walau bagaimanapun, dalam sibuk menjalani ibadah berpuasa terpaksa juga menjalankan tugas yang diamanahkan. Dalam bulan ini juga terpaksa bertugas di Hotel Eastin bagi program 'Nostalgia P.Ramlee'. selama  tiga hari, jadi tiga harilah tidak dapat berbuka bersama keluarga di rumah. Terima kasih kepada keluarga yang memahami dan tidak keberatan untuk membenarkan diri ini bertugas di bulan yang mulia ini.

Telah seminggu berpuasa tanpa ada apa-apa komplikasi kesihatan, walaupun sebelum ini memang disahkan mengidap gastrik oleh Doktor. Syukur tuhan atas kuniaannya ini, semoga kesihatan ini berkekalan sehingga habis bulan Ramadhan dan dapat menjalani puasa dengan baik.



No comments: