05 September 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Belum terlambat untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri' untuk semua. Kita masih lagi di dalam bulan Syawal boleh yang terpenting juga dalam kelender Islam. Di bulan ini digalakkan untuk berpuasa sunat 6 hari. Sehingga hari ini masih terhutang 3 hari. Moga dapat melunaskan puasa sunat ini sebelum akhir bulan Syawal. Semoga di permudahkan.. Amin..

Hari Raya  tahun ini seperti tahun-tahun yang lalu, pulang ke kampung halaman berhari raya bersama Abah dan adik-beradik yang semuanya berkumpul di rumah Abah. Meskipun ada antaranya balik pada hari raya kedua tetapi suasananya tetap meriah. Setahun sekali berkumpul seperti  ini amatlah mengujakan dan di harap di tahun-tahun akan datang dapat lagi berkumpul seperti ini lagi.

Sempat juga membuat rumah terbuka setalah balik ke Kuala Lumpur pada hari Raya ke lima, ramai-ramai rakan anak-nak datang berkunjung disamping sanak saudara dan rakan taulan. Terima kasihlah kepada yang sudi bertandang di gobok buruk ku ini.. semoga hubungan siratulrahim.. berkekalan selamanya. Sempat juga memasak Laksa Johor, rendang ayam dan pulut kuning. Minta maaflah ada yang tak cukup.. tak sangka pula ramai yang datang.. tahun depan panjang umur boleh buat lagi dan sediakan makanan banyak-banyak..

Sebelum terlambat.. sempena bulan baik ini... mohom ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, terguris hati terlepas cakap dan sebagainya.. kita hanya manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan.

Oh.. yae.. 29 September ni ada reunion bersama rakan-rakan Sekolah Menengah.. Pasti Gempak!!! 


No comments: