Pagi 11 Oktober, kami sekeluarga keluar untuk minum pagi. Setelah berbincang kami sepakat untuk minum pagi di Restoran Haslam, kerana setelah itu kami bercadang untuk ke PWTC bagi melihat Halfest yang sedang berlansung disana.
Hampir pukul 8.30 pagi kami tiba di Restoran Haslam berhampiran Hospital Tawakal. Dalam restoran agak penuh waktu itu maklumlah hari Ahad. Sedang kami memesan makanan, masuk satu kelibat di kenali ramai iaitu YB Mat Sabu dan keluargannya. Seperti orang biasa dia mencari meja kosong dan duduk disitu bersama keluarganya. Kehadiranya mengundang reaksi berbagai ada yang tersenyum simpul, ada yang menegur sambil menghulur tangan dan tak kurang juga yang datang ke mejanya bertegur sapa dan ada juga yang menjeling-jeling kurang senang.
Yang menarik perhatian kami tentang kehadiran YB Mat Sabu di Restoran Haslam ini, bukan kerana dia ahli politik parti pembangkang yang lantang bersuara. Tetapi reaksi orang disekeliling, lebih tepat pengunjung restoren Haslam yang lain yang tidakpun menyangka dia ada situ pagi itu, termasuklah kami sekeluarga. Walau kami tidak memihak kepada parti politik apa, sebagai manusia kami menilai pada apa yang kami lihat.
Kami lihat, mereka tidak kekok bersama orang ramai dalam restoran yang agak sesak, kami lihat juga dia dan keluarga mesra dengan semua orang yang menegur mereka.
Sebelum kami keluar dari Restoran itu, kami dapati seorang rakyat biasa seperti kami yang juga kebetulan minum pagi di restoran tersebut denga rela hati membayar lebih tepat membelanja minum pagi Mat Sabu dan keluarga pada pagi itu, walaupun kami rasa diapun seperti kami baru kali pertama terserempak minum pagi bersama YB.
No comments:
Post a Comment