Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, Aceh |
Kami bertolak dari KLIA2 menaiki kapalterbang AirAsia pukul 8.00 pagi waktu Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda pukul 8.30 pagi waktu Indonesia. Setiba kami di sana kami di bawa dengan menaiki bas ke Banda Aceh. Lokasi pertama yang dibawa oleh pemandu pelancong kami ialah ke Tanah Perkuburan Massal yang mana di kawasan inilah lebih daripada 47,000 jasad korban tsunami pada 26 Disember 2014 telah di semadikan bersama. Dimana di khabarkan jasad ini dikuburkan bertingkat-tingkat sebayak tujuh tingkat.
Di hadapan Masjid Baitul Rahman |
Selesai membuat lawatan ke Tanah Perkuburan Massal kami di bawa ke kampung Laumpuk untuk melihat kapal yang tersangkut di rumah penduduk di situ dan dapat menyelamatkan seramai 57 orang mangsa Tsunami.
Menurut penduduk tempatan ketika tsunami melanda kampung tersebut, tuanrumah dan penduduk disekitarnya berlindung di rumah dua tingkat tersebut, ketika air semakin naik merek terkandas di bilik tingkat dua rumah tersebut yang mempunyai berandah, dalam keadaan terdesak itu salah seorang yang terkandas menyarankan di buka siling supaya mereka boleh berlindung di atas atap bumbung mementara menunggu air surut. Dalam kelam kabut itu, dengan takdir Allah tiba-tiba datang Bot tanpa berpenghuni menuju kearah mereka dan tersangkut diantara dua bumbung rumah tersebut dan rumah jiran di belakangnya. Mereka yang berada di berandah terus menaiki bot tersebut termasuk yang berlindung di atas bumbung di rumah belakang rumah tersebut. Maka terselamatlah mereka dari menjadi mangsa Tsunami.
Bot tersangkut dibumbung rumah |

Setelah melawat rumah bot tersangkut kami menuju ke restoran untuk makan tengahari, sebelum meneruskan perjalanan ke Hotel penginapan Grand Nagore. Setelah berehat selama satu jam selesai mandi dan menunaikan solat kami di bawa kepantai Uke Uklele. dimana disitu juga terdapat sebuah masjid yang terselamat dari musibah Tsunami iaitu Masjid Baitulrahim. Selesai melawat Masjid Baitulrahim kami ke pantai Uke Uklele menikmatan udara pantai sambil minum air kelapa dan makan jagung bakar.
Malamnya kami di bawa ke restoran Wali songo dan dihidangkan nasi ayam penyek sebelum balik ke hotel untuk rehat dan tidur.
Keesokan paginya ke ke Muzium Aceh melihat pameran yang dipamerkan. Didalam kawasan muzium Aceh ini juga terdapat replika sebenar Rumah Aceh. Setelah itu kami ke Gununggan dimana ianya merupakan taman permaianan puteri Pahang yang di nikahi Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam . Sultan Aceh yang terkenal di abad ke 16. Kami juga sempat melihat kapal letrik yang tersadai di sebuah perkampungan Lampong
Kapal Letrik yang terdampar atas daratan oleh ombak tsunami sejauh lima kilometer dari tempat berlabuh. |