Ruang sempit ini
menjanji sebuah duka
Nota-nota perjalanan
tidak pernah berpenghujung
Biarpun masa beredar
kuntum-kuntum kemesraan
terlerai
terpaku
jejari masih memaut kenangan
Ruang sempit ini
tidak menjanjikan kemesraan
biarpun kaki-kaki kasar
menjejaki pelangi
namun esok tidak pernah
bererti.
ZAIHANTAIB
subang
No comments:
Post a Comment