Ada seorang Mak cik ni, dia suka kucing. Dalam rumah dia saja ada lima enam ekor kucing pelbagai species. Kalau berjumpa dengan dia tiada topik lain yang di bualkan ..kucing..kucing...kucing.
Suatu hari, kucing betina dia sakit. Dia kata perut kembung tersilap bagi makan. Aku tanya dia..
"Mana mak cik tau.."
"Mak cik rasalah.. sebab semalam tu elok je.. lepas mak cik bagi makan pagi tadi, dia moyok semacam..je"
"Ooo... gitu.."
Tidak berapa lama kemudian, suatu petang, sekembali aku dari kerja, sebelum sempat aku turun dari kereta dia menerpa ku.
"Maria.. maria.."
"Ada ape ni Mak cik.."
"Kucing Mak cik ni.. sakit lagi...jom gi umah mak cik tolong tengokkan"
Dek kasihan pada mak cik ni, dahlah tinggal sendirian, tak ada saudara mara pulak, aku pun mengekor dia kerumah..dan mendapatkan kucing yang dikatakan sakit itu.
"Laa.. mak cik.. kucing ni dah nak beranak. Mak cik tak tau ke yang dia ni mengandung"..
Aku ketawa berdekah-dekah.
"Asgtarafirullah......" mak cik tu menepuk dahi...
No comments:
Post a Comment