11 September 2009

SECEBIS KISAH

Aku jumpa Kak Rina (bukan nama sebenar). Orangnya cantik, berwajah lembut, berkulit putih dan percakapannya juga lembut dan berhemah. Kami berjumpa di tengah-tengah bandar Newcastle. Dia bekerja di salah sebuah deretan kedai yang ada disitu. Dia orang Malaysia dan sudah lebih sepuluh tahun tinggal disana. Kerana aku dari Malaysia atau mungkin merindui orang-orang Malaysia, setelah berjumpa kami menjadi rapat. Ada sesuatu yang bermain diminda ku yang menyebabkan aku ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi...Esoknya kami berjumpa lagi dan minum di sebuah cafe yang ada disitu...Aku cuba mencungkil kenapa dia tersadai di Newcastle dan tidak pulang menetap di Malaysia.

Katanya..

"Akak tak nak balik Malaysia.."

"Nape..."


"Akak dah tak ade sape-sape"


"Akak tak rindu Malaysia ke?"


"Rindu jugak.. tiga tahun lepas akak ada ke sana.. dah lain benar"


"Betul kak.. Malaysiapun dah maju sekarang..macam-macam ade" teringat aku iklan ASTRO..


"Nape akak merajuk sampai tak mahu balik Malaysia"


"Dulu akak nak balik.. tapi orang tak kasi akak balik.."


"Siapa?..." aku cuba mengcungkil


"Suami akak".. Aku memandang tepat ke wajahnya yang lembut itu. "Apa kes ni.." kata hati aku.


"Dulu datang sini bersama suami dan anak-anak.. suami ambil PHD, akak suri rumahtangga sepenuh masa.. hari-hari suami pergi kuliah akak dirumah jaga anak-anak. Sebelum datang sini akak mengajar Sekolah Menengah.. berhenti sebab ikut suami" Dia terhenti seketika menghirup Kopi Mocha panas. Aku membiarkan suasana hening seketika.


"Abis tu.. nape suami akak tinggalkan akak disini?"


"Suami akak kawin lain.. junior dia masa belajar kat sini.. sama-sama ambik PHD"


"Kesihannyer akak.. sanggup suami akak buat akak macam tu.. dah lah ditempat orang"


"Nak buat macamana dik.. lelaki ni.. mana-manapun boleh buat perangai" suaranya tenang, dalam kelembutan wajahnya aku dapat melihat ketabahan dihatinya.

"Jadi akak merajuklah ni.."

"Mungkin.. tapi masaalah besar, suami akakpun dah tak pedulikan akak.. akak nak balikpun masa tu mana ada duit dengan anak-anak lagi, untuk tambang balik sendiripun tak lepas, apatah lagi anak-anak, tambahan masa tu anak masih kecil-kecil.. jadi akak kerjalah apa yang patut disini untuk menampung hidup... gajipun cukup makan je, maklumlah di negara orang"

"Ini anak dah besar-besar, akak tak teringin balik ke?..Dia mengeleng kepala..

"Suami akak kat mana Sekarang?"

"Bekas suami.. akak baru bercerai secara sah baru-baru ni"

"Setelah ditinggalkan 10 tahun" dia mengangguk kecil. Aku terdiam, inilah nasib seorang wanita bila tidak disukai, ditinggalkan begitu saja, tak kira dimana berada. Kalau di Malaysia mungkin nasib akak ini terbela aku teringat persatuan ibu tunggal yang banyak membantu ibu-ibu yang ditimggalkan suami.

"Akak baliklah.. mungkin di Malysia nasib akak akan lebih terbela" Dia merenung dalam..

"Sana, ramai kawan-kawan akan bantu akak, akak tidak akan keseorangan dan terasing"Aku membiarkan dia terfikir..

'Lupakah suami akak yang menganiaya hidup akak..mulakan hidup baru" aku memberi semangat. Dia merenung mata ku.

"Baliklah kak.." aku cuba memujuk.

Sebelum berpisah petang itu, kami bersalaman dan berpelukan. Hingga hari ini aku masih terbayang redup matanya...Moga-moga terbuka hatinya untuk pulang menetap diMalaysia sebelum terlambat. Teringat aku kisah Mariam yang merantau di Korea sehingga meninggal dunia di sana dan masih tidak diketahui samaada boleh di kebumikan disini secara seorang muslim. Mintak di jauhkan Allah.

No comments: