27 October 2009

SECEBIS KISAH 2

Kalau tidak makan di Restoran Dapur Sarawak, aku akan makan tengahari di rumah peninggalan P.Ramlee.. Makan tengahari di rumah P.Ramlee ni, bawa apa saja sedap. Pernah aku bawa nasi putih dengan ikan goreng bersama kacang panjang goreng, aku makan hingga menjilat jari.

P.Ramlee suka memasak. Pernah Aruah nasir beritahu aku dulu. Teringat Aruah Nasir. Dia selalu minum pagi di gerai mamak di depan rumah ini. Ketika sakitpun dia selalu minum di gerai ini. Selesai minum dia masuk ke rumah ni untuk membaca surat khabar. Pernah suatu hari dia menunjukkan slip dokor kepada aku. Dia panggil aku Puan, walau pernah aku beritahu panggil Mariatul je..

"Puan cuba tengok laporan Doktor ni" katanya membentang laporan doktor di hadapan ku. Aku bukan faham sangat bahasa doktor itu tapi buat-buat faham untuk menjaga hatinya. Dia beritahu aku bahawa dia tiada siapa-siapa kecuali isteri dan anak-anaknya. Aku faham perasaan dia. Ramai sangat yang mengambil kesempatan dan menceritakan hal buruk orang lain dari melihat dari sisi baik orang itu.

Aku tidak tahu penyakitnya seserius itu, kerana dia sedaya upaya menyembunyikannya. Kalau tidak silap aku tiga hari sebelum meninggal dia datang kerumah ini, dan ketika itu baru aku perasan kakinya berbalut dan jalannya agak terdengkut-dengkut. Aku sempat bergurau..

"Nasir.. You tengok rumah bapak you ni.. I dah tambah porch"

"Tengok sini" aku mengajaknya memasuki rumah dan menunjukkan siling

"I dah buat baru.. plaster siling' Dia cepat-cepat berlalu pergi bila aku kata..

"Lama tak datang sini, you merajuk dengan I ke?" Itukah kali terakhir aku berjumpa dia.

Walau apapun orang kata mengenai Nasir, aku rasa satu sahaja yang di turuni dari P.Ramlee.. rendah diri dan sedikit jujur.

* Harta bukan segalanya.. budi baik juga dipandang orang.

No comments: