16 November 2009

PENYAIR

"Lalu terdapat perpatah mengatakan kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai".

Aku pun rasa terkedu memikirkan bait-bait puisi yang ku baca sebentar tadi. Aku cuba menelah-nelah apakah maksudnya. Atas gerangan apakah puisi sepuitis itu di cipta oleh sang pencipta puasi berkenaan. Kepada siapakah geragannya puisi itu di tulis. terkadang keras bahasanya, terkadang lembut, puisi lapan rangkap itu benar-benar menarik perhatian ku.

Aku dapat rasa kecelaruan penciptanya. Jiwanya resah, ada sesuatu yang tidak di isi. Pengisiannya hanya kepuasan, agaknya usai tercipta puisi ini, jiwanya kembali tenang. Setenang air di tasik dan tidak bergelora seperti laut di musim tengkujuh.

Aku tidak berniat untuk mengulas puisi itu disini, aku tidak terniat untuk mengulas bait demi bait kerana setiap orang mempunyai tanggapan yang berbeza. Cukuplah aku katakan puisi itu cukup menarik perhatian ku. Siapakah penciptanya?.. lelaki atau perempuan?.. nama samaran tidak mengambarkan siapa penciptanya kerana tidak ber'bin' atau ber'binti', lagipun aku tidak berapa perasan sangat penyair dalam Malaysia ini kerana jarang di 'highlight' dalam akhbar berbeza dengan penulis, penulis selalu di 'highlight' gambar dan ceritanya dalam akhbar, malah kalau cerpen atau novel bersiri tersiar diakhbar atau majalah, akan bersama dengan gambar kecil penulis kadangnya bersama biodata sekali. Puisi?.. setakat ini aku tak pernah lagi tengok puisi yang tersiar di Akhbar bersama gambar dan biodata penciptanya.

Aku dengar, ada pertemuan penyair nusantara ke 3 pada 20 - 22 November 2009 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Aku belek Akhbar Perdana tiada berita mengenainya lagi, mungkin tersiar minggu depan agaknya.

No comments: