02 September 2014

HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 57

Tidak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 57, Negara Ku Malaysia yang tercinta.

Walau banyak cubaan dan dugaan yang melanda Negara dalam tahun ini namun Hari kemerdekaan Malaysia di sambut meriah dengan kehadiran sebilangan besar rakyat yang turut hadir di Dataran Merdeka.

Terharu dengan situasi ini, rakyat Malaysia walau dalam apa pandangan dan kepercayaan masih kental semangat sayangkan Negara. Alhamdulillah. Rakyat Malaysia dalam mengatur langkah menuju ke Negara Maju, berfikiran matang dan terbuka. Menegur dalam sayang dan bertindak dalam kawalan. Itulah rakyat sejati yang sayangkan Negaranya yang tercinta.

Namun tahun ini hanya mampu melihat situasi sambutan hari Kemerdekaan di kaca TV.  Walaubagaimanapun kemeriahna itu masih terasa dan masih terbayang detik dimana pernah menyertai perarakan kemerdekaan  dalam tahun 2003. Syukur pada tuhan kerana memberi peluang pada diri ini merasai menyertai perarakan kemerdekaan  di Dataran Merdeka walaupun hanya itulah sekali seumur hidup.

Pernah dulu ketika anak-anak masih kecil berasak di tepi jalan raya hanya kerana untuk menonton perarakan dan melihat kepulangan pemimpin Negara sambil melambai-lambai tangan. Alanglah indah waktu itu, dan peluang untuk menyertai perarakan pada thun 2003 tidak langsung ditolak malah menerimanya dengan hati terbuka.

Oh.. Negara ku Malaysia.. Selesai  menonton TV, mengajak anak-anak keluar untuk bersarapan. Puas jugalah mencari kedai makan sekitar Country Homes, Rawang yang buka pada hari Kemerdekaan ini, akhirnya terjumpa satu gerai yang buka. Oleh sebab  sudah beberapa kali berpusing mencari tempat untuk sarapan kami singgah di kedai tersebut.

Setelah memesan makanan barulah kami sedar gerai tersebut kepunyaan warga Indonesia.
 Ohh.. Negara ku Malaysia.. tidak pasti macamana Warga Indonesia boleh berniaga di kedai ini  atau pemilik kedainya warga Malaysia.. peniagaannya milik warga Indonesia.

Pembantu Kedai warga Indonesia

Pelanggan Warga Indonesia

* OH MALAYSIA NEGARA KU TERCINTA.. Disini Lahirnya Sebuah Cinta..

MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA







14 August 2014

Program bersama Anak Yatim di Galeria Sri Perdana



Pada 21 Jun 2014 (Sabtu) telah diadakan Program Kembara 1Malaysia dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam, Arkib Negara Malaysia (BA’IS ) bersama anak yatim telah diadakan di Galeria Sri Perdana. Program ini menjurus kepada aktiviti sosial iaitu disamping menyumbang kepada mereka yang tidak bernasib baik sempena menjelangnya bulam Ramadhan, juga diadakan aktiviti bagi menambah kefahaman dan kesedaran peserta mengenai tokoh Negarawan dan sumbangan tokoh berkenaan terhadap Negara.

Seramai dua ratus orang anak-anak dari rumah anak yatim menyertai Program ini yang terdiri dari Kompleks Darul Kifayah, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin Klang (PEYAKIN), Rumah Kasih Sayang dan Rumah Anak Yatim Nasuha.

Antara aktiviti yang dijalankan sempena program ini ialah pertandingan  Kuiz dan Ceramah Agama. Ceramah Agama  yang berkisar mengenai amalan berpuasa dan kemuliaan bulan Ramadhan telah di sampaikan oleh Ustaz Azhar  Tuarno , Imam Masjid Negara. 

Bagi pertandingan Kuiz, peserta di minta menyiapkan puzzle terlebih dahulu sebelum diberikan kertas soalan kuiz. Terdapat tiga puluh lima soalan mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Galeria Sri Perdana perlu dijawap oleh peserta dalam masa tiga puluh minit. Peserta yang menjawap betul dan terawal dikira sebagai pemenang.

Penyampaian hadiah kepada pemenang  telah disempurnakan oleh Encik Ihsan bin Haji Hassan, Pengarah Bahagian Arkib Negarawan, Arkib Negara Malaysia . 

Diakhir Program, peyampaian sumbangan   kepada rumah anak yatim disempurnakan oleh Encik Ihsan bin Haji Hassan, Pengarah Bahagian Arkib Negarawan diiringi oleh Encik Saharudin bin Karsan, Ketua Seksyen Arkib Negarawan dan Encik Farizal bin Bidin, Naib Yang DiPertua Badan Kebajikan Islam Arkib Negara Islam (BA’IS). 

Sumbangan berupa wang, hamper dan barang keperluan asas seperti beras, gula, milo, susu, sardin dan sebagainya telah disumbangkan oleh Badan Kebajikan Islam (BAIS)  dan juga hasil kutipan dan sumbangan  Ahli-ahli BAIS, Arkib Negara Malaysia.
 
Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma yang telah memberikan sumbangan samaada dalam bentuk wang tunai, barangan dan tenaga bagi menjayakan program ini. Semoga Allah swt memberikan ganjaranNya  diatas keikhlasan dan sumbangan yang telah diberikan.

17 April 2014

GST - Salah faham mengenai GST



Kali ini mahu membicarakan lagi mengenai  Cukai Barangan dan Perkhidmatan  (GST). 

Salah faham mengenai GST...

Walaupun Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan telah diluluskan di Dewan Rakyat dan GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Tapi masih ada lagi yang tidak faham dan masih lagi keliru  mengenai GST.

Dalam post yang lalu telah dijelaskan secara ringkas mengenai Apa itu GST, Kesan GST pada Rakyat  dan barang-barang yang 0% GST dan kali ini  ingin memaparkan salah faham GST.

Ini kerana bila melawat laman sosial yang membicarakan tentang GST kebanyakannya tahu mengenai GST tetapi disalah taksirkan dan dikelirukan mengikut pendapat dan padangan masing-masing.

ADAKAH GST CUKAI BARU

Pada hakikatnya GST merupakan cukai yang baru di perkenalkan di Malaysia. 

Tapi perlu diingat bahawa sekarang inipun telah ada cukai yang dikenakan keatas rakyat, iaituCukai Jualan 1972 (Akta 64) dan Cukai Perkhidmatan 1975 (Akta 151) yangmana dipungut oleh Kastam.Rata-rata rakyat tidak sedar kewujudan kedua-dua jenis cukai ini tetapi lebih menfokuskan kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang  baru diperkenalkan.

Cukai jualan (10%) umumnya dikenakan keatas barangan yang dikilangkan di Malaysia atau diimport, dan dibayar oleh pengeluar atau pengimpot yang mempunyai hasil tahunan RM100,000 ke atas. Cukai ini di serap kedalam harga barangan yang dijual kepada pengguna. Cukai jualan ini tidak dinyatakan atau diprint dalam bil-bil belian contohnya  jika membeli baju, beg, perabut atau sebagainya kerana cukai telah diserap dalam harga jualan.

Manakala cukai perkhidmatan (6%) dikenakan ke atas perkhidmatan khas seperti perkhidmatan hotel, Insurans, telekomunikasi, khidmat profesional, outlet makanan dan minuman dan sebagainya. Cukai Perkhidmatan ini jelas di print pada bil-bil bila pengguna mengunakan perkhidmatan ini contohnya jika makan di KFC atau Mc Donald atau menginap di hotel-hotel.

GST yang baru diperkenalkan oleh kerajaan akan mengantikan kedua-dua cukai diatas. Atau untuk lebih jelas kedua-dua cukai diatas akan dimansuhkan apabila Cukai barang dan perkhidmatan (GST)  sebanyak (6%) di laksanakan.

Jika diihat penjelasan diatas dapat dinyatakan bahawa  rakyat  membayar cukai yang lebih tinggi  sekarang berbanding jika GST dilaksanakan. Ini kerana GST berupaya untuk menagani masalah cukai bertindan yang sekaligus mengurangkan beban cukai pengguna. Contoh mudah,  jika minum  air berkobanat di MCDonald, kedua-dua cukai dikenakan kepada pengguna iaitu cukai jualan (Air berkabonat) dan cukai perkhidmatan (Outlet makanan dan minuman). Apabila GST dilaksanakan pengguna membayar satu jenis cukai iaitu  GST (6%).

 APAKAH PELAKSANAAN GST AKAN MENINGKATKAN HARGA BARANG

Bagi barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai jualan dan cukai perkhidmatan  (SST) ketika ini , kenaikan harga akan berlaku. Walau bagaimanapun barangan Asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan sebagainya (senarai barangan ini ada dalam post terdahulu) tidak dikenakan cukai GST dan barangan ini harganya tetap sama ketika ini atau selepas pelaksanaan GST. Bagi barangan dan perkhidmatan yang ketika ini dikenakan cukai jualan dan cukai perkhidmatan apabila  GST dilaksanakan, barangan ini boleh turun harganya.

Namun begitu dapat disimpulkan bahawa akan ada barangan dan perkhidmatan yang naik, turun dan tidak berubah apabila GST dilaksankan nanti. Namun begitu bagi rakyat  biasa tiada perubahan besar yang berlaku kerana keperluan harian rakyat biasa kebanyakkannya di kecualikan cukai, ini termasuk selain dari barangan asas seperti dinyatakan di atas, yang dikecualikan cukai terdapat juga bekalan/perkhidmtan yang di kecualikan cukai iaitu bekalan/perkhidmatan perubatan, pengangkutan awam, pendidikan dan perbankkan dan perumahan.

KEPERLUAN MELAKSANAKAN GST
 Pelaksanaan GST perlu bagi meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia yang secara tidak lansung menambah pendapatan Kerajaan. GST juga akan dapat menutup kelemahan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yangmana terdapat cukai berganda, lari dari cukai (tax evasion) dan sebagainya.
Tambahan lagi di Malaysia pembayar cukai pendapatan (Income Tax) dikalangan rakyat Malaysia hanya 20% daripada 28 juta rakyat, ini belum lagi perkerja asing yang bekerja di Malaysia yang sememangnya tidak membayar cukai pendapatan (Income tax) walaupun pendapatan mereka melebihi had cukai yang patut dikenakan.. Ini tidak adil dan merugikan kerjaaan.  Dengan pelaksanaan GST   setiap individu samada rakyat Malaysia atau asing  setiap pembelian dan perkhidmatan yang diterima dikenakan kadar cukai yang sama iaitu 6%.

APAKAH GST  TIDAK ADIL KEPADA ORANG MISKIN

Tidak adil jika dilihat pada kadar GST yang dikenakan sebanyak 6% samaada pendapatan rendah atau tinggi, samaada kaya atau miskin. Namun begitu langkah kerajaan memperkenalkan pakej seperti bayaran tunai atau rebet seperti BRIM kepada mereka yang berpendapatan rendah amat  membantu. Harap jumlah rebet yang diberi ini akan  meningkat dari masa ke semasa.

Perlu difahami bahawa konsep cukai penggunaan (consumption tax) seperti GST ialah semakin banyak pengguna membeli barang atau menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang akan dibayar. Bermakna pengguna perlu bijak dan berhemah bila berbelanja. Dari satu segi pengguna yang berpendapatan tinggi lebih banyak kuasa membeli dan mereka lebih banyak membayar cukai. Pendapatan rendah kuasa beli kurang jadi kurang menbayar cukai tambahan lagi di Malaysia kebanyakan barangan asas seperti tepung, minyak, gula, ayam, daging  dan sebagainya (zero rated) iaitu tidak dikenakan cukai GST.

* Setakat ini dulu nanti sambung lagi penerangan mengenai GST...senyum itu sedekah. Senyum senyum selalu ....hoyehhh....


10 April 2014

CRYSTAL HYGIENIC SERVICE..CUCIAN KARPET DAN TILAM

Dalam kesibukan menjalankan tugas yang di amanahkan, kami juga berkesempatan untuk menjalankan bisnes cucian karpet dan tilam. Bisnes ini di terajui oleh anak sulong kami Muhd. Firdhaouse.

Bisnes ini kami jalankan secara part time dan mengikut kehendak pelanggan.

Apa itu cucian Tilam?..

Ramai orang tidak sedar bahawa tilam tempat tidur kita saban malam itu mengandungi banyak hama yang tersembunyi. Hama-hama ini bergerak aktif waktu malam ketika kita nyenyak tidur. Kerana itu ketika kita bangun pagi ada terasa gatal  di kaki, ditangan atau dimana-mana bahagian tubuh. Ataupun kalau kita alah dengan hama bangun pagi kita akan kerap terbesin dan haba badan naik dan kita kerap di hingapi selsema dan badan tidak sihat.. lalu malas untuk bangkit  seterusnya terasa  mahu bercuti atau MC hehe...(kena batang hidung sendiri)

Jadi tugas kami adalah untuk memastikan tilam ini bebas dari HAMA.....

Bagaimana?...

Kami mempunyai peralatan dan juga pakar dalam bidang ini. Mesin kami dapat menyedut hama di tilam  mengunkan UVC light yang mampu membunuh hama.



Apa itu cucian Karpet?...

Setiap rumah  mesti ada karpet, samaada yang besar atau kecil. Berapa kalikah kita membawa karpet untuk cucuian di kedai  Dobi. Berapa banyakkah habuk yang tersembunyi dalam kaper dirumah kita samaada diruang tamu atau di bilik tidur...

Karpet bukan saja menyimpan habuk tetapi juga hama. Hama ini membahaya kepada manusia terutama kanak-kanak. Jika kita ada anak kecil..biasanya tempat bermain mereka diatas karpet...apakah kita pasti karpet kita itu bersih dari hama..

Kami menyediakan cucian karpet kerumah. Tidak perlu membawa karpet ke kedai... kami akan datang mencucinya di rumah.

Bagaiaman?...

Kami juga mempunyai kumpulan yang boleh melakukan kerja-kerja cucian karpet dan juga peralatan untuk membersihkan karpet di ruamh tidak perlu disidai tidak perlu dibasuh.. Kami  membuat cucian kering dengan  Mesin dan peralatan yang kami ada.


Berminat?...

Jika berminat untuk service kami ini boleh sahaja hubungi MUHD. FIRDHAOUSE MOHD. ROZLAN  (013-6468950)



07 April 2014

FOTO KENANGAN 5: PROGRAM P.RAMLEE

Datuk Aziz Sattar dan Prof. Abdul Rahman Hanafiah
Seniwati Dayang Sulu dan Sarimah
Barisan Artis dan Moderator
Datuk Aziz Sattar, Prof. Abdul Rahman Hanafiah dan Kassim Masdor

Seniwati Dayang Sulu dan Sarimah


HARI JADI ENCIK HUSBEN DAN MERAIKAN KEJAYAAN RADZY


Dalam keadaan berduka, kehilangan kakak tersayang, kami  menerima berita gembira apabila anak bongsu kami Muhammad Fakharul Radzy menghantar mesej...
"Ma... Ajie dapat 7A" mengalir airmata ku mengucap kesyukuran kepada Allah. Dialah yang menetapkan segalanya. Anak bongsu kami mendapat 7A 3B dalam peperiksaan SPM 2013.
"Syukur pada mu Ya Allah"..
Sempena meraikan kejayaan aku dan suami mengadakan makan malam bersama, kebetulan pula harijadi Encik Husben jatuh pada 25 Mac 2014. So.. kami sekeluarga menjamu selera di Secret recipe
Disini gambar-gambar kami meraikan kejayaan Radzi disamping menyambut ulangtahun kelahiran Encik Hasben pada 25 Mac 2014.